Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pertamanya , kami bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatnya, kami terus melangkah ke depan dengan lahirnya ZRICH PERFUME , dibawah syarikat Zararich Enterprise. Kami mula menjalankan perniagaan barangan berasaskan wangian pada bulan September 2009 dan kini kami mengambil keputusan untuk mengeluarkan produk atas jenama sendiri dengan tujuan untuk memberikan yang terbaik kepada rakan rakan yang telah bersama kami.
Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga kami , rakan-rakan dan semua yang terlibat dalam perniagaan ini. Tanpa semangat dan sokongan semua agak sukar untuk mempastikan usaha ini berjalan dengan lancar dan berjaya.
Kami amat berharap agar semua rakan-rakan akan menyokong usaha ini dan sama-sama kita berusaha untuk mempastikan ZRICH PERFUME sebaris dengan jenama-jenama lain di pasaran. Kami juga telah mencipta satu sistem komisyen yang menarik kerana ianya akan dibayar setiap bulan berdasarkan pencapaian bulanan dan tertakluk pada belian minima mengikut status masing-masing.
So , good luck pada semua...jangan lepaskan peluang untuk mencipta pendapatan yang maksima..... semestinya dengan ZRICH PERFUME.
Terima Kasih
DARI KAKI TANGGA KE MENARA
Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan
Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi
Demikian kebalnya ikatan kita
Demikian eratnya jalinan rasa
Keyakinan diiringi doa
Begitu percintaan kita
Sebati dengan cita-cita
Merancang kehidupan hari muka
Aku gembira menyaksikan
Kau beroleh kejayaan
Dulu di kaki tangga
Kini di menara
Jangan kau lupa masa silammu
Dan mereka yang membantu
Moga tak kau abaikan
Amanah dan kewajipan
No comments:
Post a Comment